Kidsventure – Edisi Mula Bisnes
31 Mac 2026 | Aktiviti Terkini
Program KIDSVENTURE Edisi Mula Bisnes merupakan satu inisiatif pembelajaran yang memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penting dalam dunia keusahawanan. Melalui video pembelajaran, peserta akan memahami konsep utama seperti nilai yang ditawarkan, saluran jualan, aliran pendapatan, serta kepentingan sumber dan rakan kerjasama dalam membina perniagaan yang berjaya. Program ini juga membantu peserta mengenali struktur kos produk supaya mereka lebih bijak mengurus perbelanjaan dan merancang strategi bisnes dengan berkesan.
Program ini akan berlangsung dari 29 hingga 31 Mac 2026 pada jam 6.00 petang dan terbuka kepada semua peserta, termasuk yang pernah atau belum menyertai mana-mana kohort pada tahun 2025.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: